Wednesday, February 9, 2011

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI (EGO KAH)

Saya pernah sampai pada satu kesimpulan bahwa semua manusia adalah egois. Egois dalam arti selalu (pada akhirnya) mementingkan diri sendiri. Hal ini didasari kenyataan (dalam pengamatan saya) bahwa semua perilaku manusia selalu dilandasi satu motif utama: keuntungan bagi diri sendiri. Bahkan, maaf, motif tersebut tak hanya berlaku pada politikus, pebisnis, ataupun para oportunis lainnya, tetapi juga pada orang-orang suci seperti nabi, atau orang-orang salih dan para pembuat kebajikan lainnya.
Saya lama merenungkan motif paling sederhana dari pertanyaan: mengapa manusia harus percaya Tuhan dan mengapa manusia harus berbuat baik? Ternyata cukup jelas. Alasan manusiawinya, ya itu tadi, motif keuntungan. Keuntungan yang berwujud kebahagiaan. Dan setiap kebahagiaan letaknya hanya di dalam hati, sehingga wajar jika segala kekayaan materil dan buah perbuatan/sikap yang tak sampai ke hati atau bahkan malah menyempitkan hati bukanlah kebahagiaan. Ia barulah merupakan keuntungan dalam horizon berpikir yang pendek dan bersifat temporer.
Manusia kebanyakan, dan kebanyakan yang tak mengenal Tuhan, sayangnya, menempuh jalan hidup dengan horizon berpikir yang terbatas seperti ini. Mereka mencari kesenangan dan harta dengan segala cara, namun proses pencariannya tak mengekalkan kebahagiaan di hati mereka. Begitu pula hasil dari pencariannya. Kebahagiaannya mudah berotasi dengan kecemasan, serta bahkan terus terkikis oleh rasa sedih dan takut kehilangan.
Kondisi tersebut jelas berbeda dengan para nabi, orang salih, dan orang-orang yang mengenal serta tunduk pada Tuhannya. Mereka diperkenankan pada horizon yang lebih jauh dan mengekalkan kebahagiaannya oleh Tuhannya. Sebagai Pencipta dan Pendesain alam beserta detil isinya, Tuhanlah yang paling tahu keadaan manusia dan tata aturan yang berlaku di alam semesta maupun dalam hati manusia. Oleh karenanya, para hamba Tuhan ini mampu meraih kebahagiaan sepanjang hidupnya, bahkan setelah akhir hidupnya di dunia. Dalam hidupnya, mereka tidak hanya berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan kebahagiaan, tapi mereka berbahagia dalam berusaha.

Allah SWT berfirman dalam Q.S. Al Baqarah: 62 (dan banyak ayat serupa lainnya), “Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
Tiada kekuatiran dan kesedihan, bukankah ini indikator kebahagiaan sejati? Untuk meraih kebahagiaan ini, Tuhan secara sederhana hanya menyaratkan manusia untuk beriman lalu beramal kebaikan. Beriman kepada Tuhan, atau menghambakan diri kepada-Nya, berbeda dengan penghambaan kepada manusia. Terlepas dari mekanisme surga dan neraka sekalipun kelak, penghambaan diri manusia pada Tuhannya selalu berjalan beriringan dan berujung pada pencapaian kebahagiaan, sedang penghambaan pada manusia selalu berujung pada kekecewaan, kesengsaraan, dan penderitaan.
Demikian pula amal kebaikan, selain dicintai Tuhan, ia nyata-nyata pula melanggengkan kebahagiaan manusia. Usaha yang dilandasi niat dan amal baik kepada sesama tidak berujung selain kepada kesuksesan dan kelanggengan usaha. Hubungan baik yang terbentuk pun hanya makin menambah kedamaian dan rasa aman di hati manusia.
Kembali ke statement di awal tulisan ini, benarkah setiap manusia adalah egois? Jawabannya tentu saja tidak. Definisi egois saya di atas sedikit keliru, karena sifat egois tak hanya mementingkan diri sendiri, tapi juga sekaligus tidak peduli pada kepentingan orang lain.
Orang-orang bahagia memang mementingkan dirinya sendiri, tapi untuk mencapai hal itu, ia harus peduli pada kepentingan orang lain. Di atas segalanya, mereka tunduk pada ketentuan Tuhan dan memasrahkan segala hasil upaya kepada-Nya. Sederhana saja, karena hanya Tuhan yang mampu memberikan kebahagiaan. Jika sudah tunduk, tak ada yang layak disombongkan, dan tak ada pula yang patut dikhawatirkan. Seperti kata Letto, “Rasa kehilangan hanya akan ada, jika kau pernah merasa memilikinya.”

BAGAIMANA MENGENAL DIRI SENDIRI

Tiada Orang Yang Mengenal Diri Anda Kecuali Anda sendiri !


Apabila Anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai, sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut :


Apa yang anda suka buat?
Apa yang perlu anda lakukan?
Apa yang penting buat anda ?
Kemahiran apa yang anda ada ?
Apakah tahap pendidikan anda ?
Latihan apa yang telah anda jalani ?
Pengalaman apa yang anda ada ?
Apakah perkara yang boleh mendorong anda ?
Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain ?




Teknik membuat perancangan kerjaya terdapat 4 langkah :


Mengenal Diri Sendiri


Meneroka Pilihan


Membuat Keputusan


Mengambil Tindakan




Ingat !
Pilihan tepat , kerjaya manfaat, hidup berkat.






Meneroka Pilihan


Jenis Personaliti


Realistik - kerja menggunakan tangan, fizikal, tumbuhan, mesin dan haiwan.Mempunyai keupayaan mekanikal


Investigatif - melakukan ujikaji, analisis, interpretasi data, suka mempelajari untuk menyelesaikan masalah.


Artistik - melakukan kerja dengan daya kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi.Berbakat seni, memperkenalkan sesuatu yang baru.


Sosial - melakukan kerja yang berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.


Keusahawanan - melakukan kerja berhadapan dengan ramai orang, memujuk, mempengaruhi dan pengurusan kewangan (mengurus, mengarah, perhubungan )


Konvensional - Melakukan kerja yang berkaitan dengan data/butir-butir.Berkebolehan dalam perkeranian dan kerja yang bersistematik.






7 LANGKAH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN


Kenalpasti keputusan yang anda perlu buat ( seperti memilih laluan untuk kerjaya, memilih kursus, memilih institut )
Tulis senarai semua pilihan yang mungkin menarik perhatian anda.
Dapatkan semua maklumat tentang setiap pilihan anda.
Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan.
Buat satu pilihan.
Rancang bagimana keputusan itu dapat dijalankan.
Buat tindakan sewajarnya.

Tuesday, February 8, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Alamak..apsal aku takde pun dalam ciri2 ni.... hehehe...Susah gak nak jadi suami ni ...

Monday, February 7, 2011

PERBEZAAN SIFAT LELAKI DAN PEREMPUAN

Adakah perbezaan ini ada persamaan didalam diri anda atau mungkin juga ada persamaan daripada penilaian anda terhadap pasangan anda?. (L) bermaksud lelaki. (P) bermaksud perempuan. Jom kita nilai diri dan pasangan kita.


(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.
(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.
(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.
(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.
(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf
(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran
(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan
(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga
(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat

PERBEZAAN PSIKOLOGI LELAKI DAN PEREMPUAN

  1. Lelaki memahami suatu situasi secara keseluruhan dan berfikir secara global sedangkan wanita `memusatkan’ pemikiran mereka serta bergantung kepada perincian dan nuansa.
  2. Lelaki adalah pembina dan pencipta. Mereka mengambil risiko dan melakukan eksperimen. Wanita pula memilih pengetahuan paling bernilai dan menurunkannya kepada generasi seterusnya.
  3. Lelaki lebih berdikari dalam pemikiran tindakan manakala wanita lebih mengikut idea yang disyorkan orang lain.
  4. Wanita kurang menghargai atau memuji diri mereka berbanding lelaki.
  5. Wanita sering mengkritik diri mereka dan lelaki pula sering berpuas hati dengan pencapaian diri.
  6. Perkara yang memberikan kepuasan juga berbeza.
  7. Bagi lelaki, ia adalah karier dan kejayaan sedangkan wanita lebih menitikberatkan keluarga dan anak-anak.
  8. Lelaki lebih memikirkan mengenai keperluan mencapai impian mereka. Wanita pula lebih menitikberatkan perhubungan berbanding perkara ini.
  9. Lelaki jatuh sakit pada kekerapan yang sama seperti wanita walaupun wanita lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Wanita menghadapi kesakitan atau kerja yang membosankan lebih baik daripada lelaki.


Susah jugak ek nak paham masing2.. kene lak EGO cam aku ni..hahah

Sunday, February 6, 2011

Apabila suami merajuk

Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk? Pernahkah anda lihat lelaki tarik muka? Sebenarnya semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan memang ada perasaan merajuk.
Merajuk biasanya terjadi apabila seseorang memendamkan rasa tidak puas hati atau marah terhadap orang yang rapat atau baik dengannya. Reaksi muka dan tindakan akan ditunjukkan seiring. Apakah tanda-tanda awal seseorang lelaki merajuk? Anda selidiki tanda-tanda di bawah dan jika salah satunya ada pada si dia, maknanya si dia sedang merajuk dengan anda.

Antara tanda-tanda lelaki merajuk ialah:

1) Diam seribu bahasa

Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.

2) Buat tidak tahu

Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.

3) Menolak untuk keluar atau makan bersama

Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.

4) Bermuka masam

Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yangs sedang merajuk.


5) Baca surat khabar

Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.

6) Menonton TV

Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.

7) Keluar rumah tanpa memberitahu

Ada lelaki tidak mahu memberi keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.


8) Matikan telefon bimbit

Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri kan menjadi lebih bengang.Cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. Jika tak boleh, diam saja, biarkan dia reda sendiri.

9) Tidur di bawah katil

Ada sesetengah lelaki apabila merajuk pasti tidak mahu tidur sekatil dengan isteri. Biasanya, apabila dilanda perasaan marah atau merajuk, si suami akan berpindah ke bawah katil dengan hanya membawa sebiji bantal tanpa selimut pun..adakah suami anda begitu..?? hmmm…renung renungkan lah..

Membina Peribadi Anggun

Binalah peribadi anggun, ia wajib bagi seorang gadis. Ia juga wajib bagi seorang wanita dalam apa jua status ? anak dara, isteri, janda mahupun nenek.

Anggun adalah gabungan pada semua yang seharusnya ada pada seorang wanita, tidak semestinya ia bermaksud cantik tetapi anggun adalah anggun. Ia makna yang tersendiri dan membawa erti yang cukup besar dalam diri seorang wanita.

Seorang wanita tanpa keanggunan ibarat seorang lelaki tanpa kemachoan. Seperti pokok tanpa daun, apalah istimewanya. Seperti kereta tanpa roda, apalah ertinya. Seperti rumah tanpa pintu dan tingkap, apalah maknanya.

Keanggunan lahir semula jadi, tetapi ia juga boleh dibentuk. Seseorang yang dilahirkan kasar masih boleh menjadi anggun apabila mahu menyerlahkan kewanitaannya. Jika dia selesa dengan kekasaran yang semula jadi itu, ia akan terus menjadi seperti itu dan sifat-sifat keanggunannya akan terhakis sedikit demi sedikit.

Sebaliknya, seorang yang dilahirkan anggun dengan ciri-ciri kewanitaan semulajadi, boleh bertukar kasar apabila dia menghendakinya begitu. Keanggunan dilapik dengan gaya yang menghentak, turutkata yang kuat, bertindak ala lelaki dan sebagainya, lama-lama keanggunan akan hilang berganti dengan kelelakian, sedangkan dia seorang wanita. Sudah tentu tidak match, sebab dunia mengukur begini; apabila seseorang itu dilahirkan sebagai wanita dia perlu memiliki sifat-sifat kewanitaan sejati. Dan tiada ertinya seorang wanita tanpa keanggunan.

Apa itu anggun? Anggun adalah gabungan pada semua keindahan yang perlu ada pada seorang wanita? lembut, berhemah, menyejukkan mata. Bunga dipandang cantik apabila ia berwarna-warni. Pada tahap ia kembang penuh itu adalah tahap kecantikan yang maksimum yang ada padanya. Ketika itu ia adalah sebenar-benarnya bunga.

Bayangkan sekuntum bunga tetapi warnanya pudar, kelihatan layu dan tidak segar, bukankah itu mencacatkan mata kita yang memandang? Memang ia masih bergelar bunga tetapi bunga yang tidak menawan, bunga yang tidak dikehendaki dan bunga yang tiada serinya lagi. Apalah ertinya sekuntum bunga yang sudah kehilangan ciri-ciri bunganya.

Bunga perlu harum. Apabila harum ia akan diminati. Ia akan didekati, dibelek, dibelai dan dicium. Bunga perlu kembang indah. Apabila ia kembang indah ia akan disunting untuk dijadikan hiasan meja. Bunga yang tidak harum dan tidak kembang indah akan kekal di tangkainya hingga kumbang pun tidak sudi datang.

Wanita perlukan keanggunan sebagaimana bunga perlukan keharuman dan kembang yang mempersona.

Kamus memberi makna kepada anggun sebagai bagus, elok, kemas pada pakaian dan tingkah laku serta gaya . Dalam bahasa Inggeris ia diistilahkan sebagai neat, nice, well-dressed. Apabila dicantumkan pada perkataan peribadi, maka membina peribadi anggun ialah proses mencantumkan kekemasan, kebagusan dan keelokan pada perilaku.

Mahkota dan maruah seseorang wanita terletak pada keanggunannya, bukan kecantikannya. Wanita cantik boleh ditemui di mana-mana sebab maknanya subjektif tetapi wanita anggun sukar ditemui sebab maknanya unik.

Jika anda telah diistillahkan anggun oleh seseorang, ketahuilah anda telah memiliki segalanya yang diperlukan oleh seorang wanita. Jika anda belum diistilahkan begitu, sekarang masanya untuk membina keanggunan. Ia satu proses penting yang sentiasa mengguntungkan.

Kesimpulannya kecantikan dan keanggunan datang dari sikap diri wanita tersebut. Pada pendapat saya... wanita tetap anggun..walau di mana jua berada..heheheh

Saturday, February 5, 2011

10 Perkara Wanita Tidak Tahu Mengenai Lelaki


Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn. Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.

Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, 'Awak langsung tidak menghormati saya'. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup - tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6. Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Rahsia anggota tubuh lelaki





SELALUNYA orang lelaki yang sering membicarakan tentang bentuk tubuh perempuan yang menarik minat seseorang lelaki itu. Masing-masing punya pendapat sendiri. BAGAIMANA DENGAN ANDA???.

Ada yang menganggap rambut adalah aset paling utama bagi seseorang wanita yang mampu menarik perhatian mereka. Tapi kebanyakannya menyukai bahagian-bahagian yang dianggap seksi dan menghairahkan seperti punggung dan dada wanita!!! Fuyoooooo!!! but not all… !!!!! Tetapi memang bahagian itu yang sering menjadi intipan mata nakal mereka!!!

Berbalik kepada soal bentuk tubuh wanita yang digemari oleh lelaki, tapi bagaimana pula dengan wanita??

Sebenarnya wanita juga punya tarikan kuat terhadap mana-mana bahagian tubuh lelaki! Cuma bezanya nak dikatakan disini mereka jarang nak berbicara secara terbuka. Kalau dikalangan mereka, topix ini tetap menjadi salah satu topix yang hangat dibicarakan (Ada Betui kahhh??)

Jangan terperanjat juga, minat mereka itu berbeza dengan kaum lelaki…! . Cuba tanya kepada mana mana gadis maupun emak-emak gadis…bahagian lelaki yang mereka sukai…ermmm..shhyyyyy.Pasti ada yang mengatakan mereka ini sukakan bahagian bahu ataupun punggung lelaki!!!Wahhh dooohh wahhh dooohhhh..! mesti mereka akan berkata macam nie…”””Fuyooooo!!! cantiknya badan dia!! sampai tak teringat ada orang kat sebelah..terpancul berkata-kata ” Bagi Aku lelaki yang punyai badan sasa itu adalah palign seksi”

Ahaaaa!!!! Tahukah anda bahawa sebenarnya berdasarkan minat gadis, maupun sesiapa pun yang bergelar wanita, dibahagian tertentu tubuh lelaki, sikap seseorang itu boleh diselidik? Betul ker? Nak tahu? Rasanya masih ramai dikalangan anda yang tak tahu kan termasuklah para emak-emak gadis. Anda hanya tahu minat saja tapi tak tahu rahsia disebaliknya..JADI..Bacalah artikel ini sehingga habis untuk mengetahuinya..


RAHSIA BAHAGIAN PERUT LELAKI

Tak dinafikan, ada orang yang suka bahagian perut lelaki tak kira sama ada lelaki itu berperut “RATA” dan KEMPIS” ataupun “BOROI”!! Alah! ” TASTE” manusia ni kan tak sama dan bermacam-macam. Apa nak dihairankan?? Apa sikap seseorang itu yang menggemari tubuh lelaki dibahagian ini?

Menurut seorang pakar terapi seks dari bahan bacaan saya iaitu Dr Ava cadell, seseorang yang menyukai bahagian tengah tubuh lelaki ini melambangkan seorang yang ingin menguasai si lelaki. Mereka juga seorang yang suka dan inginkan diri mereka menjdi fokus utama si Dia. Pendek kata, mereka ingin diri mereka dianggap segala-galanya bagi lelaki itu!..Keburukannya, sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak teragak-agak untuk berpaling tadah dan meninggalkan lelaki itu…AwwwwwwW!! Hai jangan lah gitu…tak elok naaaa…kesian si Dia.!

RAHSIA BAHAGIAN PEHA

Sama seperti lelaki, perempuan juga memuja lelaki yang bertubuh cantik. Jadi sudah tentu mereka yang berpotongan “V”, menjadi pilihan !..Mereka yang menggemari bahagian peha lelaki yang pejal melambangkan bahawa meraka itu sukakan kehidupan yang mencabar dan gemar berkongsi aktiviti mencabar dengan si Dia.Dalam hal ini kebarangkalain anda juga sukakan kejutan didalam kehidupan sendiri.

RAHSIA BAHAGIAN DADA

Rata-rata perempuan sukakkan dada lelaki yang bidang. Yealah, kekononnya boleh dijadikan tempat sandaran yan g selesa!..(tanya pada hud…hud.. naa). Ada yang menggemari lelaki dada berbulu dan ada yang sebaliknya (taste memasing gaaaakkk). Terpulang kepada diri individu itu sendiri. Apakah sikap seseorang yang menyukai bahagian tubuh ini? Mari kita lihat?..Mereka dikatakan seorang yang manja dan mengharapkan lelaki yang mendampingi mereka itu boleh bertindak sebagai pelindung kepada yang boleh membuatkan diri mereka rasa selamat bila berada disisinya. Menurut pakar, perempuan yang mneyukai bahagian ini lebih mementingkan kestabilan hidup bernabding dengan seks bila berkahwin nanti. Sekiranya mereka tertarik pada jejaka yang berbulu dada, bermakna mereka inginkan lelaki yang bersifat “Kejantanan” dan sekiranya dada tanpa bulu, mereka lebih sukakkan lelaki bersifat agak keanak-anakkan…Fusssss…

RAHSIA BAHAGIAN TANGAN YANG SASA

Tangan yang kasar dan sasa itu mempunyai tarikan yang tersendiri. Bagi seseorang perempuan yang meminati bahagian tangan lelaki, bermakna mereka itu meminati lelaki yang boleh diharapkan dan mereka suka bergantung kepada lelaki itu di dalam hidup mereka nanti..

RAHSIA BAHAGIAN BIBIR

Bibir lelaki juga mempunyai tarikan tersendiri bagi seseorang perempuan. Menurut pakar, hanya menerusi bibir, Personaliti lelaki itu juga boleh diketahui. Misalnya sekiranya bibir dibahagian bawah agak menonjol sedikit, ia memberikan gambaran bahawa lelaki itu seorang yang sensitif dan prihatin terhadap perasaan orang sekelililing meraka. Namun secara amnya, bagi seorang perempuan yang menyukai bibir seseorang lelaki melambangkan bahawa dia mementingkan komunikasi didalam perhubungan. Tiap apa juga yang berlaku, mereka lebih suka berterus terang. Jejaka yang mampu menarik minat mereka sudah tentunya lelaki yang senantiasa mencuba untuk memahami mereka.

RAHSIA BAHAGIAN BAHU DAN LENGAN

Bahagian bahu dan lengan adalah antara bahagian yang paling diminati oleh golongan sesorang wanita itu apabila melihat susuk tubuh seseorang jejaka. Menurut pakar dari bahan bacaan saya, bahu yang lebar dan tegap adalah sama tarikan dengan saiz payu dara seseorang perempuan. Seperti juga dada, bagi perempuan, bahu memberikan perasaan selamat kepada sesorang perempuan bila tangan tegap dan kukuh itu melingkari tubuh mereka.(18SX)

RAHSIA BAHAGIAN PUNGGUNG

Pehhh!!… Jangan tak CAYA!! itulah hakikatnya. Jikamana lelaki sukakan punggung perempuan, apa kurangnya perempuan. Bahagian punggung yang pejal dan cantik menjdi perhatian perempuan. Malah ada yang mendakwa kononnya, sekacak manapun lelaki itu jika tidak punyai punggung yang cantik seolah-olah akan ” HILANG” sedikit kekacakan meraka…… Macam itu sekali…isss…siisssss… Apapun, perempuan yang meminati bahagian penuh “KONTROVERSI” ini seorang yang senantiasa ceria dan inginkan perhubungan yang penuh dengan keseronokan biarpun perhubungan itu mungkin tidak berpanjangan. Selain itu, mereka juga seorang yang terbuka dan suka suatu yang mencabar…WoooowwwwW…!!!

Apa itu Maskulin,Huberseksual,Metroseksual???

Tiga serangkai ini maskulin ,Huberseksual, atau metroseksual ini sebernanya benda yang berdasarkan pada satu perkara yang sama sahaja,
iaitu sifat kelakian, ini termasuk cara bertindak, berfikir dan pelbagai aspek lagi yang anda sendiri tahu , tetapi semua benda yang dilakukan itu mesti lah kelihatan lelaki,
macho, bijak dan cara berfikir... Dibawah ini sebahagian aspek yang perlu setiap lelaki mengetahuinya.

Seterusnya yang jadi masaalah ramai yang ingin tampil maskulin, tapi untuk pengetahuan anda untuk kelihatan maskulin , ianya bukanlah satu benda yang dibuat-buat,
ia adalah satu sifat semulajadi yang ada pada setiap individu itu sendiri.

Ramai lelaki yang ingin tampil sebagai maskulin tetapi mereka bukan maskulin secara semulajadi.
Ciri-ciri lelaki maskulin ini hanya ada pada lelaki yang lahir secara semulajadi,
ia bukan anugerah tapi ciri-ciri maskulin ini timbul pada seseorang lelaki itu bedasarkan cara pembesaran sekeliling mereka itu sendiri, iaitu bagaimana lelaki itu membesar.

Jadi ciri2 maskulin yang akan timbul secara semulajadi ni adalah seperti :

* mereka sentiasa bersifat macho
* kelihatan macho dari segi tindak tanduk, seperti semase minum, makan, berjalan mereka akan kelihatan macho dalam setiap aspek ,
ini kerana ianya bukan dibuat-buat tapi semulajadi.

* bila bercakap atau ketawa riak wajah mereka tidak seperti kebudak-budakan ,
maksudnya orang maskulin semulajadi ini apabila orang memandang mereka ketika bercakap atau ketawa riak wajah mereka seolah-olah tidak berperasaan,
iaitu seperti muka tengah fokus akan sesuatu.

* bila bersembang mereka lebih gemar menjerumus kepada bende yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri,
seperti pasal macam mane nak buat bisnes, ape yang betul dan ape yang tidak, kenapa dan mengapa,
biasa nye mereka tidak akan bersembang tentang perkara bodoh2 atau berbual kosong seperti membuat lawak2 bodoh then ketawa berdekah-dekah, dengan agak kuat.

* keseluruhan mereka yang maskulin secara semulajadi akan sentiasa membuat sesuatu dengan kelihatan kelelakian agar tidak nampak bodoh kelakuannya.

Yang jadi masalahnya sekarang ni banyak orang nak jadi maskulin tapi mereka ni bukan lelaki yang dapat maskulin secara semulajadi tapi dibuat-buat,
sehingga akhirnye agar kelihatan maskulin.

ciri-ciri lelaki yang tampil maskulin secara paksaan agar tampil maskulin kesan nya seperti:

* mereka akan kelihatan bodoh , maksudnya ketika mereka bercakap atau ketawa mereka kelihatan seperti budak sebab meraka x faham cara nak membentuk macho tu macam mane
* bile bercakap mereka lebih kepada buat lawak2, dan bersembang pasal bende yang tidak penting.
* tidak reti berfikir, biasenye terurus kepade bende x penting
* pakai mekap pada wajah, ini adalah sangat bodoh dimane lelaki maskulin secare semulajadi tidak akan sesekali memakai mekap dan mereka akan kate fuck pade mekap .
maksud nye kalau nak pegi keluar bersiar-siar, tak kan lelaki nak pakai mekap , kecuali la nak buat sesi pergambaran .
kalau untuk pakai mekap untuk keluar bersiar-siar lelaki maskulin tidak akan pakai mekap.Tapi masalahnye lelaki maskulin yang buat2 ni mereka pakai mekap untuk pergi bersiar-siar,
dan juga cukur kening, contoh nye seperti iqram dinzly yang ingin kelihatan maskulin tetapi tidak menjadi , yang kelihatan hanye la maskulin yang kelihatan bodoh ,
ade lagi artis2 lelaki lain tapi ini sebagai rujukan untuk pembace sahaje jangan silap faham, ini kerane ingin anda semua mengerti maksud maskulin tu atau mcm mn nk tampil maskulin ni.

care untuk tampil maskulin ni senang sahaja:

* dari segi perwatakan ni anda mesti kelihatan lelaki dan macho, dalam semua aspek ok, kene faham tu ,
seolah-olah anda kelihatan perfect dengan macho bile kamu buat ape-apepun minum ,makan ,berjalan membace, menonton dan lain2 lagi yang melibatkan perlakuan,
yang penting mesti kelihatan serius, macho, seperti wajah tidak berperasaan.

* dari segi susuk tubuh, tubuh mesti la tegap, mempunyai BMI yang seimbang, dan kelihatan badan yang ade muscle, tapi bukan la nampak muscle sampai ketul2 tu,
cukup sekadar nampak badan tu ade otot.(mesti faham betul2 pasal ni ramai yang silap faham)